Thursday, November 10, 2022

REFLEKSI PROJEK


Assalamualaikum syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya dan ahli kumpulan melaksanakan produk inovasi yang bertajuk Math Twister menggunakan gamifikasi dam ular digital. Gamifikasi ini boleh digunakan untuk murid sekolah rendah dalam membantu mereka menangani masalah yang mereka hadapi semasa proses pembelajaran. Bermain sambal belajar sebenarnya satu kaedah kreatif yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Kami telah memilih topik matematik Tahun 2 iaitu Konsep Asas yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.

 

Di fasa perancangan, kami menghadapi masalah dalam mencari digital board. Kami mengambil keputusan untuk membina board dam ular secara manual menggunakan applikasi Canva. Kami kemudiannya merekabentuk poster untuk dibentangkan kepada pensyarah iaitu Dr Azli. Semasa pembentangan kami memberitahu masalah yang kami hadapi yang mana kami tidak temui board digital dam ular. Pada masa itu, rakan kami dari kumpulan lain mencadangkan kepada kami untuk meneroka aplikasi Genial untuk mendapatkan board digital dam ular. Alhamdulillah hasil cadangan tersebut, kami telah menjumpai digital board untuk dam ular.

 

Setelah kami explore aplikasi tersebut, kami seterusnya membina qr code menggunakan aplikasi Metaverse. Saya amat teruja apabila menggunakan element Augmented reality (AR). Pelbagai scene dan blocks juga boleh digunakan semasa menghasilkan soalan. Setelah semua qr code selesai di jana di aplikasi Metaverse, kami memasukkannya ke dalam aplikasi Genial.


Saya berasa seperti tidak percaya dapat menghasilkan sendiri produk digital ini. Banyak pengalaman dan pengetahuan baru saya dapat semasa melaksanakan produk ini seperti aplikasi-aplikasi yang digunakan. Terima kasih juga kepada Dr Azli di atas tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan. Kerjasama dari rakan-rakan amat saya hargai. Walaupun kami belajar secara dalam talian, kami masih mampu melaksanakan produk ini. Dengan terhasilnya produk ini, saya berharap dapat membantu murid-murid dalam memahami konsep asas matematik. Di samping itu, dengan penghasilan produk ini, diharapkan dapat menarik minat murid-murid  dalam matapelajaan matematik.

 

Sebagai kesimpulannya, penggunaan teknologi amat penting pada zaman kini. Hal ini kerana di dalam pembelajaran abad ke-21, teknologi sangat ditekankan. Saya berharap penghasilan produk kami dapat digunakan oleh guru-guru dan ibu bapa semasa proses pembelajaran murid kelak. Saya juga merupakan seorang ibu dan dengan pengalaman ini, saya yakin boleh membina satu gamifikasi untuk anak saya dalam mengukuhkan pemahaman dalam sesuatu matapelajaran. Disamping itu, saya berharap produk dari kumpulan kami boleh menyertai mana-mana pertandingan teknologi dan inovasi kelak.😎


REFLEKSI MINGGU KE-10


 REFLEKSI MINGGU KE-10 (12/11/2022)

Minggu ini merupakan minggu ke 10. Tinggal lagi dua minggu untuk saya menghabiskan pengajian semester satu ini. Pada minggu ini, kami sekali lagi ditugaskan untuk membuat tugasan berkumpulan bagi topik TPACK. Dr Azli membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil di dalam breakout session. Pertama kali saya mendengar perkataan TPACK. Kumpulan kami mula mencari maklumat di internet. Kemudian kami membuat slide presentation menggunakan aplikasi Canva. Pada minggu 12, kami dikehendaki membuat pembentangan hasil perbincangan pada minggu ini.

 

Topik yang diberi oleh Dr Azli


                                                     Breakout room  kumpulan 4


Slide presentation menggunakan applikasi Canva (hasil perbincangan kumpulan 4)


REFLEKSI MINGGU KE-9

 REFLEKSI MINGGU KE-9 (5/11/2022)

Di awal kelas Dr Azli menerangkan timeline semua tugasan yang perlu di hantar. Dr Azli turut menerangkan semula tentang rubrik untuk E-Portfolio dan Projek Inovasi. Saya semakin risau menyiapkan tugasan-tugasan yang semakin menghampiri dateline. ðŸ˜¨


Rasa 24jam tidak cukup. Buka tugasan A, teringat tugasan B. Buka tugasan B teringat tugasan C. Itulah cabaran sebagai seorang pelajar yang perlu ditempuhi sebelum bergelar seorang guru. 😎

REFLEKSI MINGGU KE-7

 

REFLEKSI MINGGU KE-7 (22/10/2022)

Pada minggu ini, saya mempelajari topik bertajuk Computer Issues in Education. Pada kelas kali ini, kami dikehendaki membuat pembentangan tentang isu-isu seperti Cyber Law, Copyright, Intellectual Property, Assistive Technology dan Technology Standards- ISTE NETS. Dr telah membahagikan kumpulan di dalam breakout session dan tajuk bagi kumpulan saya adalah Technology Standards- ISTE NETS.  Melalui link yang diberi, kami mula mencari maklumat berkaitan tajuk tersebut. Pada mulanya saya langsung tidak mengetahui mengenai tajuk tersebut tetapi hasil perbincangan dan pencarian maklumat, sedikit sebanyak, saya dapat memahami apa itu Technology Standards- ISTE NETS. Kami dikehendaki membentangkan tajuk-tajuk yang telah diberikan. Melalui pembentangan serta contoh yang diberikan oleh rakan-rakan, saya dapat ilmu baru tentang Cyber Law, Copyright dan Intellectual Property.


Dr Azli memberi penerangan tentang kerja berkumpulan



 Perbincangan dalam breakout session

REFLEKSI MINGGU KE-8

REFLEKSI MINGGU KE-8 (29/10/2022)

Pembentangan kumpulan disambung semula pada minggu ini. Giliran kumpulan kami pula untuk membentangkan tajuk Technology Standards- ISTE NETS. Dr Azli berpuas dengan semua kumpulan yang membuat pembentangan. Kemudian Dr telah mengajar kami untuk menulis rujukan dengan betul menggunakan format APA 7.0. Ilmu ini sangat berguna kerana bagi saya format ini sangat penting dalam penulisan tugasan kelak. Dr menunjukkan contoh menggunakan website Scribbr untuk menulis rujukan. Ini merupakan pengalaman yang berharga kerana sebelum ini saya berasa keliru dengan format yang dijumpai di internet. 


Pembentangan dari kumpulan saya


Dr Azli menunjukkan website untuk membuat rujukan penulisan



REFLEKSI MINGGU KE-6

 REFLEKSI MINGGU KE-6 (15/10/2022)

Minggu ini merupakan minggu keenam kami belajar  dengan Dr Azli. Dr telah memberi kuliah tentang tajuk Theory and Model of Technology and Innovation. Teori-teori ini amat penting kerana melibatkan tugasan individu menggantikan peperiksaan akhir. Teori ini agak sukar bagi saya tetapi dengan penerangan Dr sedikit sebanyak dapat membuatkan pelajar faham. Tambahan pula Dr telah menyediakan link-link untuk pemahaman lebih lanjut. Kami dikehendaki memilih satu modul/teori berdasarkan nota kuliah Dr. Saya telah memilih SAMR Model selepas membuat pembacaan dari link-link yang disediakan dan pencarian maklumat di internet.


Model yang dipilih


Slide tugasan individu (1)

Slide tugasan individu (2)


REFLEKSI MINGGU KE-5

REFLEKSI MINGGU KE-5 (8/10/2022)

Syarahan pada minggu ini membincangkan tentang E-Portfolio. Dr Azli menunjukkan contoh E-Portfolio yang menarik. Dr juga memberi beberapa link untuk rujukan kami dalam membuat E-portfolio sebagai tugasan individu yang perlu dilaksanakan untuk subjek ini. Apa yang perlu dimasukkan seperti home, blog refleksi pembelajaran, blog refleksi projek dan showcase. Saya pernah membuat teaching portfolio semasa bekerja sebagai pensyarah sambilan dahulu tetapi tidak pernah membuat dalam bentuk digital seperti E-Portfolio. Saya sangat teruja explore link-link yang diberikan sehingga pening untuk memilih aplikasi yang mana satu😉. Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk memilih google site dalam menghasilkan E-Portfolio untuk tugasan individu ini.


                                                      Applikasi google site untuk E-Portfolio

REFLEKSI PROJEK

Assalamualaikum syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya dan ahli kumpulan melaksanakan produk inovasi yang...