REFLEKSI MINGGU 1 (10/09/2022)
Hari
ini merupakan kelas pertama bagi subjek Technology and Innovation in Education.
Setelah 10 tahun meninggalkan pengajian, semangat untuk belajar datang kembali 😉.
Sebelum memulakan kuliah, Dr Azli membuat aktiviti yang bertajuk “Apa harapan
yang kamu harapkan dari kursus ini”. Selepas itu, Dr Azli telah menerangkan
tentang sinopsis silibus subjek ini dan senarai tugasan yang perlu disiapkan
sepanjang semester ini. Dr meminta saya dan rakan-rakan untuk memperkenalkan
diri menggunakan aplikasi flip. Ini merupakan pengalaman pertama saya
menggunakan applikasi ini. Disebabkan semester ini pembelajaran secara online,
dengan aktiviti ini, sedikit sebanyak saya dapat mengenali rakan-rakan kelas.
Minggu ini Dr Azli memberi sedikit syarahan mengenai pengenalan teknologi dan
inovasi dalam pembelajaran. Kami perlu tahu tentang teori teknologi,
pembangunan teknologi dan inovasi supaya dapat diaplikasi dalam pembelajaran
dan pengajaran kelak. Kami juga perlu tahu tentang aplikasi terkini supaya
boleh digunakan semasa pembelajaran dan pengajaran seperti quizizz, quizlet,
flip dan sebagainya. Tujuannya untuk menarik minat pelajar semasa di dalam
kelas. Sebagai seorang bakal guru, kita perlu kreatif dengan menggunakan
platform yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran di abad 21 ini. Diakhir
kelas, Dr menyatakan segala nota akan di muat turun di Padlet.📕
No comments:
Post a Comment