Thursday, November 10, 2022

REFLEKSI MINGGU KE-2

 REFLEKSI MINGGU 2 (17/09/2022)

Pada minggu ini, saya pelajari topik Technology and Innovation in Education. Dr Azli menerangkan tentang perkembangan teknologi dalam pendidikan. Tajuk ini mudah difahami dengan gaya penyampaian Dr yang menarik.😎 


Strategi dalam inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran penting bagi pembelajaran abad ke-21. Antara contoh Dr berikan seperti digital game digunakan dalam pembelajaran. Ia dapat meransang perkembangan kognitif pelajar. Seterusnya kami dipecahkan kepada 6 breakout session dan perlu memilih satu teori  dalam tajuk Theory to practice. Hasil perbincangan dan bertukar-tukar pendapat, kami sepakat memilih Teori Konstruktivisme. 


Cara pendekatan Dr Azli membuat aktiviti ini menarik kerana pelajar dapat explore untuk mencari maklumat sendiri untuk menambah pemahaman kerana bagi saya inilah kali pertama saya mendengar istilah-istilah tersebut. Selepas pembentangan, kami perlu memuat naik video secara invidu di aplikasi flip. Pemahaman tentang teori-teori ini saya semakin faham apabila rakan sekelas memberi pelbagai contoh berdasarkan teori yang dipilih oleh mereka.


                                                   Teori Konsrtruktivisme di aplikasi Flip


No comments:

Post a Comment

REFLEKSI PROJEK

Assalamualaikum syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapatlah saya dan ahli kumpulan melaksanakan produk inovasi yang...